l Quran (24) An Nuur : Ayat 11 Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah da

Wednesday, February 22, 2012

JEJAK AULIYA SIRI KEDUA

SIDI ALI KHOWWAS RAHIMULLAH


           
Masjid dan Makam Sidi Ali Al-Khowwas 

Merupakan guru kepada Imam Sya’roni. Syeikh juga merupakan seorang yang ummi. Juga digelar an-Nasabah kerana mengetahui nasab binatang dan nabi Adam. Juga diberI ilham oleh Allah untuk men’prescribe’ ubat-ubatan untuk segala penyakit. Syeikh tidak pernah solat dimasjid berdekatan rumah beliau dan pernah berlaku fitnah dalam kalangan penduduk kampong yang meyebarkan fitnah bahawa syeikh tidak solat di masjid. Sebenarnya syeikh solat di tempat yang jauh di tempat tinggal beliau. Hal ini kerana syeikh  dikurniakan karamah yakni ketika berjalan,bumi dilipatkan oleh Allah bagi memendekkan perjalanan beliau. 




Ustaz Nazrul membacakan kami kitab Al-Kaukib Durriyatuh
berkenaan kisah hidup Syeikh Al-Khowwas


Makam Syeikh Al-Khowwas

Makam Yusuf Ibri


Berdekatan maqam syeikh ialah maqam khadam syeikh yang bernama yusuf ibri. Beliau dahulunya merupakan seorang yahudi. Ketika datang bertemu syeikh,beliau berkata nabi Muhammad tidak standing dengan nabi-nabi dari kalangan bani israil  yang mampu untuk menghidupkan manusia . Syeikh kemudian diberikan karamah untuk menghidupkan orang yang telah mati dan mematikannya semula dengan izin Allah seraya berkata ‘’Jikalau umat biasa seperti aku mampu menghidupkan jasad yang telah mati ini kan kekasih Allah Saidina Muhammad. Yusuf ibri kemudiannya terus masuk islam dan menjadi khadam syeikh.





Dalam masjid Sidi Ali Al-Khowwas



TO BE CONTINUED

JEJAK AULIYA' SIRI PERTAMA

1.     SYEIKH ABDULLAH AHMAD GHUMARI

Makam Syeikh Abdullah Ahmad Ghumari


        Merupakan guru kepada Syeikh Yusri dan Syeikh Ali Jumuah. Menurut Syeikh Usamah, antara karamah Syeikh ialah ketika disaat akhir kematian syeikh,seorang anak muridnya datang untuk menziarahinya. Dan ketika anak murid mahu pulang,Syeikh meminta untuk duduk bersama seketika. Kemudian,anakl muridnya menuruti kehendak syeikh. Dan pabila anak muridnya nya mahu pulang, syeikh sekali lagi meminta untuk anak muridnya itu untuk duduk bersama beliau sekali lagi dan sehinggalah untuk kali yang ketiga,syeikh tiba0tiba bangun dari katilnya sedang beliau masih tidak mampu untuk bergerak seraya berkata AHLAN WA SAHLAN YA RASULULLAH. Dan juga itu juga bau yang amat wangi menyelebung kamar syeikh.Dan kemudian syeikh terus meninggal dunia.  Subhaanallah.





Taklimat sebelum memasuki makam

Sahabat-sahabiah dari Bumi Iskandariah


 2.    AL-IMAM IBNU HISYAM AL-ANSORI RAHIMULLAH




Makam Imam Ibnu Hisyam


       Pengarang kitab nahu(kitab qatrunnada) yang terkenal ini merupakan salah seorang daripada wali Allah yang alim dalam ilmu nahu. Pernah dikhabarkan oleh Ibnu khaldunn ketika di Magribi mengatakan syeikh merupakan ulama yang hebat malahan lebih hebat daripada Imam Subaweih dalam ilmu nahu.

      Sesungguhnya keindahan bahasa arab terkandung seribu satu rahsia yang mesti diterokai sedalamnya. Tambahan pula ianya bahasa dua sumber rujukan utama bagi umat Islam, jika tidak menguasai bahasa arab maka sukar untuk memahami kehendak dan maqasid syara’ seperti yang dikehendaki Allah dan RasulNya.  Moga Allah memudahkan kita semua dalam mendalami ilmu lughoh  sepertimana syeikh mahir dalam ilmu lughoh. InsyaAllah........








AL ULAMA WARASATUL ANBIYA

Kata Imam Sya'roni,"Hormati Mesir sebagaimana kamu menghormati Tanah Haram"..cuba sama sama kita renungkan disebalik makna kalam waliyullah itu..sungguh dalam maknanya..


Alhamdulillah, setelah penat seharian berjalan,jaulah Jejak Aulia Kaherah anjuran TVazhar telah berakhir dengan jayanya .Jaulah yang telah diconduct oleh  al-fadhil Ustaz Nazrul Nasir Al-Azhari ini bermula pada pukul 8 pagi khamis 16 Feb 2012 dengan menaiki sebuah coaster, dua trenco dan kami menziarahi maqam sekitar Duaiqah, Darasah, Kota Lama Kaherah, Sayyidah Aisyah, Hayyu Syafie, Sayyidah Zainab, Baqi' Misri dan Muqattam dan berakhir sebelum Maghrib. Pengalaman  ana bersama-sama sahabat daripada Iskandariah(Shahir,Akram,Munzier,Shahrizad,Indra,Ahmad Nahiry & Muhammad Fakhrullah) dan juga daripada muhafazah yang berlainan insyaAllah akn dikongsi bersama-sama.

Tuesday, September 6, 2011

ADAKAH AKU PENGKHIANAT BANGSA?FIKIR-FIKIRKANLAH

Sejarah tercatat bakal menyaksikan dua manusia,pengkhianat atau pejuang. Apabila memandang skop penjajah, hampir semua pejuang tanah air dianggapnya pengkhianat…antaranya Tok Janggut, Tok Ku Paloh, Hj Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, Dato Bahaman…mase kat SBPIK,time aku belajar sejarah, UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan negara. 
Kebangkitan masyarakat Melayu ketika itu dibawa oleh revolusi Islam melalui ulama-ulama seperti Syed Al Hadi, Burhanuddin Hilmi, Abu Bakar Baqir..mereka yang belajar di timur tengah lebih terdedah dengan revolusi menentang penjajah. Yang aku pelik kenapa UMNO lebih ditonjolkan sebagai hero kemerdekaan sebenar? Sedangkan sekolah-sekolah pondok ketika itu telah lama menerapkan tentang penentangan penjajah sebelum wujudnya UMNO…tetapi mereka yang berhaluan “agama” pasti mendapat label buruk seperti “haluan kiri” dan sebagainya.
Waktu aku sekolah dulu aku selalu fikir benda ni…Mengapa orang belajar agama seperti para ulama yang menuntut kemerdekaan ketika itu dilabel “berhaluan kiri” dan “gerakan bawah tanah”…? Kenapa orang yang menentang Komunis dilabel hero sedangkan yang menentang British dianggap pengkhianat…? Tok Janggut dulu menentang British, Tok Janggut dilabel sebagai pengkhinat…Mat Indera juga menentang British (melalui PKM) juga dilabel pengkhinat…siapa pejuang pula? Memang aku serabut fikir benda tu dulu…dah besar sikit, aku mula baca banyak buku-buku sejarah…yang paling terkesan apabila aku baca buku-buku karangan Ust Ridhuan Mad Noor yang menceritakan peranan Ulama Ketika Zaman Kemerdekaan, dan beberapa lagi buku sejarah terutama kebangkitan Islam di Malaysia. Baru aku faham…buku teks sejarah yang baca dulu masih samar-samar tentang erti sejarah yang sebenar, golongan agama tidak akan ditonjolkan sebagai pejuang sebenar tetapi yang mampu “berbaik” dengan penjajah itu adalah hero sebenar kemerdekaan.
Tak semudah itu British memberikan kemerdekaan melainkan ditinggalkan pasak yang kukuh kepada tanah jajahan. Justeru, jadilah diri untuk perjuangan yang asli demi agama bangsa dan negara. Aku mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua pejuang  dan “pengkhianat” negara kerana perjuangan mereka kita menghirup keamanaan sekarang. AL Fatihah.

TOK JANGGUT
Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.

Umno PEMUTAR-BELIT SEJARAH


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
 Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak HajiMohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.
Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.
Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.
Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.
Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.
Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.
Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

Monday, September 5, 2011

7 petanda kebahagiaan dunia
-Qalbun Syakirun (hati yg selalu bersyukur)
-Al Azwaju Solehah (pasangan hidup yg soleh)
-Al Auladu Abrar (anak yg soleh)
-Biah solehah
-Al Malul Halal (harta halal)
-Tafaqquh fiddin (semangat memahami agama)

(Ibnu Abbas RA)


Majlis Makan Malam al-Nidaa’ Dan Ceramah Perdana

Majlis Makan Malam al-Nidaa’ Dan Ceramah Perdana